Ayuh kita bangkit.

RENUNGAN BUAT UMAT ISLAM ALAM MELAYU
~~~~~

  • #FazlinaZahari
    11 Sept. 2020; 11:50

Orang Palestin 90 tahun dahulu tidak pernah menyangka tanah yang mereka jual sedikit demi sedikit kepada orang Yahudi pendatang untuk tujuan nak senangkan sikit hidup rupa-rupanya hari ini orang Palestin hilang seluruh hak, kuasa, tanah, hidup dan masa depan mereka di tangan pendatang asing Palestin.

Orang Islam Kashmir 70 tahun dahulu tidak pernah sangka yang memilih bersama negara Hindu (India) semasa berpisah dengan negara Islam Pakistan dulu, pada hari ini mereka akan dizalimi dan dikhianati oleh Kerajaan Hindu India yang tidak akan beri hak kebebasan dan akan rampas segala tanah dan masa depan Kashmir.

Orang Melayu Champa 300 tahun dahulu percaya orang China Viet keluar masuk berniaga di negeri Champa. Semua hal masalah negara orang Champa minta tolong orang Viet. Akhirnya hilang negara Champa semua tanahair jatuh ke tangan orang Viet akhirnya negara Champa jadi negara Vietnam. Orang Champa lari ke Kampuchea.

Orang Turkistan tidak sangka China datang sedikit-sedikit dan akhirnya menghuru-harakan, mengadu domba dan membunuh raja. Kini lenyap negara Turkistan dan orang islam Uighur dizalimi.

Masa aman dan berkuasa, KITA ada NEGARA, KITA tidak sayang dan jaga baik-baik. Kita berebut kuasa, berebut projek dan berebut jawatan. Kita tuduh menuduh, tikam menikam sesama sendiri.

Ada Al Quran tetapi kita baca hanya masa kenduri arwah dan nak hantar mak bapak pergi Mekah sahaja. Itu pun baca beberapa Surah je. Maknanya pun tak pernah perduli, difahami dan diamalkan.

Apabila sudah hilang kuasa, kita duduk goyang kaki, tunggu orang lain tolong dapatkannya balik? Semua kita tuduh ahli politik kita punya angkara.

Memang kerja ahli politik sekarang JUAL DIRI, JUAL UGAMA, JUAL AYAT-AYAT AL QURAN & HADIS dengan HARGA YANG MURAH kerana hendakkan jawatan. Tetapi semasa mengundi, kenapa tak kaji, tak baca balik nasihat nabi, arahan ALLAH ???
KENAPA ??? SALAH TAFSIR KE????

Biasa dengar pesanan dari Nabi Muhammad ﷺ,

“… Kalau serahkan urusan (amanah)
bukan kepada ahlinya (zalim), maka
tunggulah kehancurannya”.

Rasanya semua pernah dengar, bohong atau jahil tahap gabanlah kalau tak pernah dengar.

Sekarang kita dah hilang kuasa. Lama kelamaan hilang segala hak di Tanah Air sendiri. Kita hilang sejarah, ini bumi nenek moyang kita. Kita lebih banyak dengar orang bagi alasan (dalil),

“bukan senang si kafir (harbi) nak
ambik tanah air ni.”

Dulu ramai juga kata CINA kalau menang pun bukan boleh berkuasa. Tetapi hari ni baru menang kerusi parlimen sudah keras kepalanya dan jadi abang besar sampaikan MB, PM dan YDP Agong pun dilanggarnya.

Ada jenayah rasuah, komisyen, lepas semua kes mahkamah. Yang bunuh bomba kes ke laut. Tak lama lagi yang merogol pun lepas. Yang bunuh Danial tepi jalan macam binatang tu pun belum tentu ada kesnya. Tak lama lagi jenayah jadi halal di pihak yang pegang kuasa ke?

Kita pulak nak tunggu malang sampai di halaman rumah baru kita terkejut macam beruk kah?

Orang Melayu, sejarahnya selalu diperdayakan musuh. Perihal yang ini mestilah berakhir di episod ini. Semua orang melayu mesti bangun kali ini.

Jangan lagi serah tugas kuasa kepada orang lain. Tetapi tugas kuasa adalah tugas orang jantan. Yang duduk diam tu semuanya pengecut bukan berdarah Melayu sejati. Mereka Melayu celup. Mereka penakut!!!

AYUH BANGKIT !!!